Pages

29 October 2012

KEK KURMA DENGAN SOS KARAMEL

 Ni kek iols buat untuk raya haji baru ni...kek ni dibuat dengan tujuan nak menghabiskan kurma kat dalam peti sejuk tu. Bagi yang sukakan kurma pasti suka kek kurma ni...lembut & moist gitu! tapi awassss...kek ni agak manis dengan adanya karamel sos tu..Rasanya boleh dikurangkan sukatan gula pada kek kepada 1/2 cawan sahaja sebab sos karamel  tu agak manis...

 BAHAN-BAHAN:
  • 250g kurma - dibuang biji dan dicincang
  • 1 tsp soda bicarbonate
  • 1 1/2 cawan air panas
  • 125g mentega tanpa garam - suhu bilik
  • 3/4 cawan gula perang 
  • 1 tsp esen vanilla 
  • 2 biji telur  - gred A @ suhu bilik
  • 2 cawan tepung naik sendiri - diayak 

Sos Karamel
  • 1 cawan gula perang
  • 300ml dairy whipping cream
  • 1/2 tsp esen vanilla
  • 60g mentega - didadu 


CARA-CARA:

1. Panaskan  oven pada suhu 180°C. Lanserkan acuan kek bersaiz 8 inci dan lapik bahagian bawah dengan 
    baking paper.

2. Masukkan kurma dan soda bicarbonate kedalam mangkuk. Tuangkan air panas dan biarkan selama 20 
    minit sehingga kurma menjadi lembut.(jangan tutup mangkuk)

3. Dengan menggunakan pengadun elektrik,pukul mentega, gula dan esen vanilla sehingga kembang.  
    Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit 
    berselang seli dangan kurma dan kacau menggunakan sudu besi yang besar hingga sebati.

4. Tuangkan adunan kedalam acuan kek. Bakar selama 40 to 45 minit atau sehingga kek masak.Sejukkan
    sebentar selama 10 minit sebelum dikeluarkan kek keatas redai.

5. Sos Karamel: Satukan semua bahan-bahan sos karamel kedalam periuk dan masak diatas api sederhana. Kacau dan masak selama 3 minit atau hingga mendidih. Perlahankan api dan renihkan lagi selama 2 minit. Tuangkan sos atas kek semasa kek masih suam-suam. Bolehlah dihidangkan...




2 comments:

  1. Aduhai..sedang buat blog walking ternampak pulak entri kek camni. Terliur lah pagi2 ni. Ya Allah...kuatkan iman sebab tengah diet. Haha!

    ReplyDelete
  2. iols pon tgh diet gak..tp baking tetap baking bg org lain yg mkn ...:)

    ReplyDelete