04 October 2012

BAKED EGGS WITH MUSHROOM & CHEESE

Menu sarapan hari ini...


Hidangan: 3 orang

Bahan-Bahan:

10 biji cendawan butang segar - dihiris nipis
1/2 biji bawang besar - di dadu
1 biji bawang putih
1 tbsp mentega
1/4 cawan parutan keju cheddar
3 biji telur
3 tbsp  krim
1 tsp mentega - untuk menggris


Cara Membuatnya:

1. Panaskan oven 180c. Cairkan mentega didalam frying pan. Masukkan bawang besar yang telah didadu.
    Masukkan cendawan dan bawang putih. Masak sehingga cendawan layu lebih kurang 2-3 minit.  
    Perisakan dengan sedikit garam. Angkat dan ketepikan

2. Sapukan mentega pada mangkuk ramekin ( perlukan 3 ramekins) dan isikan dengan cendawan telah
    dimasak tadi serta taburkan  dengan keju cheddar yang telah diparut. pecahkan sebiji telur kedalam dan
    siramkan dengan 1 tbsp krim. Pastikan jangan terkena kuning telur dan taburkan sedikit garam. Ulangi 
    langkah yang sama untuk ramekin seterusnya.

3. Susun remakin dalam dulang pembakar dan tuangkan air panas kedalam dulang pembakar sehingga
    setengah ramekin. Bakar selama 8-10 minit atau sehingga masak.

3. Angkat dan hidangkan bersama roti yang telah dibakar..





2 comments:

  1. Nampak sedap..takpenah makan ni lagi...

    Done FOLLOW!

    ReplyDelete
  2. try la..discard krim tu pon xpe... tq sb follow :)

    ReplyDelete