29 October 2012

CITRUS PASSION FRUIT PUDDING @ PUDING MARKISA BERLIMAU


Passion fruit @ buah Markisa...sapa yang suka buah ni angkat tangan..
Iols memang peminat passionfruit @ buah markisa ni sebab bau nyer yang wangi gitu. Masa bakar puding ni satu rumah bau wangi jer...pada uols yang tak suka sangat manis-manis puding markisa ni pasti menepati citarasa sb rasa nya yang masam-masam manis dan berkrim gitu..
 
Bagaimana pun masih ada yang tidak pernah melihat atau tahu tentang buah Markisa ni.. so iols kongsikan sedikit info tentang buah ni yang iols pinjam dari En. Wikipedia.. :)

Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.

Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).

Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.

Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.
Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.

Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.

Amacam dah paham? so jom le kita semak resepi puding ni...
 


 BAHAN-BAHAN:
  • 60g mentega - dibiarkan lembut pada suhu bilik
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 biji telur - diasingkan putih & kuningnya
  • 1 biji buah  limau nipis (besar) - disangat kulit luar dan diperah jusnya (1/4 cawan)
  • 2 tbsp  isi buah markisa @ passion fruit
  • 1 cawan susu segar 
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • gula icing untuk hiasan

 CARA-CARA:
  1. Panaskan oven pada suhu 180°C. Lanserkan 4 remekin @  6 cawan kopi ( mcm iols buat tu) . Dengan menggunakan  mixer putar mentega dan gula sehingga kembang dan ringan. Masukkan  kuning telur  satu demi satu dan putar sehingga  sebati

  2. Masukkan kulit limau, 1/4 cawan jus limau nipis, isi markisa dan susu. Ayakkan tepung kedalam adunan dan kacau sebati

  3. Dalam bekas  yang bersih, pukul pukul putih telur sehingga membentuk soft peaks . Kaup balik ke dalam adunan markisa tadi sehingga agak sebati.

  4. Tuangkan adunan kedalam bekas remekin @ cawan tadi. Letakkan kedalam baking pan dan tuangkan air panas sehingga separuh remekin @ cawan. Bakar selama 45 minits atau sehingga puding agak kental dan kuning keemasan.





No comments:

Post a Comment