29 October 2012

SALMON IN ASIAN HERBS CRUMB

Rasanya mcm baru je sambut Hari Raya Aidil Adha a.k.a raya korban.. dah 4 hari berlalu rupanyer tp stok daging korban dalam perut ni macam belum habis digest lg...ngeee.. so untuk mengelakkan trafic jam dalam usus ni iolss mkn ikan je seminggu ni ye..


BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping fillet ikan salmon
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 cawan roti ( iols guna roti baguette.Ambil isi putih sahaja)
  • 3 sudu besar daun ketumbar
  • 3 helai daun limau purut 
  • 1 batang serai - dihiris nipis
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1 tsp minyak bawang putih  (boleh ganti minyak bijan)
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • sedikt garam dan sebuk lada hitam sebagai perisa


CARA-CARA:

1. Campurkan roti, daun ketumbar,  limau purut, serai, cili merah & jintan manis kedalam mesin  
     pengisar.  Kisar hingga sebati dan halus. Tuangkan kedalam mangkuk dan masukkan minyak bawang
     putih, jus limau dan perisakan denagn sedikit garam dan serbuk lada hitam dan ketepikan sebentar.

2. Panaskan frying pan dan masukkan 1 sudu besar minyak zaitun. Sapukan ikan salmon dengan sedikit
    garam dan serbuk lada hitam. Bila minyak telah panas masukkan ikan kedalam frying pan, kulit ke
    bawah.  Masak selama 5 minit sehingga kulit agak garing (tak perlu terbalikkan)

3. Bila lapisan kulit telah agak garing padamkan api dan panaskan oven pada suhu 180C. Letakkan 
    adunan     herba tadi diatas ikan. Kaubkan sedikit minyak lebihan gorengan dan tuang diatas lapisan
    herba. Bakar sekejap didalam oven selama 10 minit sehingga lapisan herba kuning keemasan.

Nota: iols guna frying pan yang bertangkai besi so boleh trus masuk dalam oven. Kalau tak de uols boleh transfer ikan tu ke dlm dulang pembakar yang dilapik aluminium foil @ baking paper. sekian..



SAYURAN:
  • 10 batang asparagus
  • 10 batang broccolini
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar jus lemon
  • sedikit garam dan serbuk lada hitam untuk perisa 

CARA -CARA:
Panaskan periuk yang berisi air dan sedikit garam. Celur asparagus dan broccolini selama 2 minit. Angkat dan rendam kedalam air sejuk. Apabila sayuran telah agak sejuk keringkan dan gaulkan dengan minyak zaitun, jus lemon, garam dan serbuk lada hitam.




4 comments:

  1. This is so healthy lah. Bestnya..uolls boleh jadi personal chef tak? *verangan* haha

    ReplyDelete
  2. Sangat-sangat menyelerakan...nak ckit?:)

    ReplyDelete
  3. Mummy akmar - klu nk kurus cpt sila sila lah ye..jgn malas2..hahahaha

    Eliza - sila masak sendiri..hahahaha (jgn marah no iols gurau2 jah)

    ReplyDelete
  4. Tak marah lerrr..sukerr...hihihi

    ReplyDelete