18 July 2012

CREAMY ROASTED PUMPKIN SOUP / SUP LABU PANGGANG BERKRIM


Bila time hujan cuaca sejuk ni ...tekak pun terasa la nak menghirup minuman @ makanan yang panas-panas. Hari ni iols kongsikan resepi pumpkin soup iols yang sangat mudah ni. Pada pandangan tekak iols sungguh smooth & soothing gitu..anak teruna iols memang suka sup-sup ni.. tadi dia makan sambil cakap " ma...yum yum" habis 2 keping roti. Bermakna sedap le tu..hehehehe

Bahan-Bahan:
1/4 biji labu - Potong labu kepada 4 bahagian dan buangkan bijinya ( x perlu buang kulit ye)
1/2 biji bawang holland
2 sudu makan minyak zaitun
1/2 inci halia muda
1/2 ketul kiub ayam - iols pakai Knorr
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 cawan air - kalau guna chicken stok boleh omit kiub ayam tu
1/3 cawan dairy krim 
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Masukkan labu dan bawang ke dalam dulang pembakar. Gaulkan dengan minyak zaitun dan sedikit garam. Panggang didalam oven selama 25 minit pada suhu 180C

2. Setelah labu empuk ceduk isi labu dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama bawang, halia, kiub ayam dan 2 cawan air. Kisar sehingga halus

3.Tapiskan bahan yang dikisar tadi kedalam periuk ( bg mendapatkan texture sup yg  silky smooth) dan tambah 1 cawan air lagi. biarkan mendidih dan masukkan krim lada sulah dan garam secukup rasa. Renihkan sebentar dan siap untuk dihidang bersama roti yang di bakar. 


p/s: untuk roti tu iols guna sour dough bread yang disapukan sedikit minyak zaitun dan dibakar didalam oven sehingga kuning keemasan...





No comments:

Post a Comment