23 July 2012

JUADAH HARI KE 3


Kejap je dah 3 hari  weols berpuasa. Hari ni le baru iols 1st time masak untuk berbuka sb hari 1st and 2nd balik umah mertua..so dia yang masak iols tolong hidangkan jer..muahahaha

Hari ni masak kuih karipap & buah melaka je..lauk ceben iols tapau ye..tu pun ikan bakar je. Iols ngan ceben mmg peminat karipap tp selalunya bila beli sure ada je yang tak kena..tak garing la..tak sedap la, tak best la..memang macam-macam la komen..so demi membanggakan hati seorang suami iols pon cubalah buat karipap. Bila ceben gigit je karipap tu..trus dia tunjuk signal best kt batang hidung iols sambil kata " terbaek la mami!" hahaha...trus kembang kuncup jap. Bila iols rasa memang karipap ni menepati citarasa kami weols berdua lah... rasanya klu dibandingkan dgn karipap Dato' Fazly karipap iols sure menang punye ...hahahaha
Giler perasan iols ni kan? Bukanya apa..excited sebab resepi sendiri...

Apa-apa pun disini iols kongsikan resepi karipap iols. Harap uols suka. Kalau tak suka pun lantak uols lah yang penting ceben iols bagi 5 bintang..hahahaha..



KARIPAP SARDIN


Hidangan: 12 biji saiz sederhana

Bahan-Bahan:

Kulit Karipap;
1 cawan tepung
1 sudu makan marjerin - cairkan
2 sudu makan minyak
5 sudu makan air
sedikit garam

Inti;
1 biji bawang besar ( saiz sederhana) - hiris nipis
1 biji bawang putih - cincang halus
1 tin kecil sardine ( iols guna ayam brand)
6 biji cili padi - dipotong (ikut tahap kepedasan yang uols inginkan)
1 keping asam keping
1 sudu makan daun sup - di hiris halus
2 sudu makan minyak untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuat Doh;
1.  Satukan marjerin, minyak dan garam ke dalam periuk kecil dan panaskan sehingga marjerin cair.

2. Tuangkan ke dalam tepung dan gaul rata.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh dan rehatkan sebentar sebelum digunakan.


Cara Membuat Inti:
1. Didalam periuk tumis bawang besar sehingga agak kekuning-kuningan dan masukkan bawang putih  yang  telah dicincang tadi.

2. Masukkan sardin dan asam keping. Hancurkan isi ikan menggunakan senduk @ garpu.

3. Masukkan cili padi, daun sup dan perisakan dengan gula & garam.

4. Bila agak kering angkat dan sejukkan sebelum digunakan.




BUAH MELAKA


Hidangan: 15 biji (saiz kecil molek :))
Bahan-Bahan:
1/2 cawan tepung pulut
2 sudu makan air kapur - ni kapur mkn sirih tu ye..bkn kapur barus..:)
2 sudu air
1/2 sudu teh pes pandan
1 keping gula enau @ gula melaka - dipotong kiub kecil
1/2 cawan kelapa parut putih  - dikukus, sejukkan dan digaul dengan sedikit garam

Cara Membuatnya:
1. Panaskan air didalam periuk untuk merebus buah melaka.

2. Campurkan tepung pulut, air kapur dan pes pandan kedalam mangkuk dan tuangkan air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh yang lembut.

3. Ambil sedikit doh (sebesar ibu jari),  masukkan gula enau dan bulat-bulatkan dan terus masukkan kedalam air yang telah mendidih tadi. Biarkan sehingga ia timbul dan bolehlah diangkat dan golekkan dalam kelapa parut yang telah dikukus tadi.

4. Ulangi proses sehingga selesai.



No comments:

Post a Comment