10 August 2012

EPISOD KUIH RAYA



Ha..punya la busy iols bulan puasa ni sampai tak sempat nak update blog. Sempat update juadah hari ke 3 ja..hamekk ko tup tup dah tinggal 9 hari lagi kita nak berpuasa. Punya la cepat masa berlalu..tapi zaman kecik-kecik dulu nak habes sebulan berpuasa tu terasa lama yang amat sangat..sampai merangkak la..hahaha
Tu zaman kecik-kecik..zaman skang dah jadik isteri  dan mak ni lain..24 jam sehari macam tak cukup ja..banyak perkara nak diuruskan.

Oleh sebab dah dekat nak raya, iols pun luangkan juga masa untuk buat sedikit kuih raya..karang raya kosong ja meja boring pulak. Tahun ni giliran beraya di kampung iols yang nun jauh di utara so my dear ceben jangan sedih-sedih no...:)

Tahun ni tak berapa nk excited buat kuih raya..so buat ala kadar ja. Jom kita tengok kuih raya iols..


BISKUT KELAPA


Rujukan: Singgahsana Kitchen
Hidangan: 120 - 130 keping


Bahan-Bahan:
225g tepung jagung *
150g tepung gandum*
1/2 tsp baking powder * ( disatukan & diayak)
25g serbuk badam
75g kelapa kering (disangai sebentar dan dikisar halus)
125g gula aising
155g butter 
1 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Untuk Hiasan:
1/3 cawan kelapa kering
3 titis pewarna hijau
1 biji kuning telur

Cara membuatnya:
1. pukul butter dan gula aising hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul sampai sebati.

2. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.

3.Canai doh setebal 1/2 cm dan terap dengan acuan yang anda suka dan susun dalam dulang pembakar.   Sapukan permukaan kuih dengan kuning telur dan taburkan kelapa yang telah diwarnakan tadi. Buat hingga habis

4. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit @ ikut oven masing-masing. Sejukkan biskut diatas jaringan hingga betul-betul sejuk sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.





No comments:

Post a Comment