10 August 2012

TAT NENAS

 
Rujukan: azlita@masam manis
Hidangan: anggaran 96 keping


Bahan-Bahan:
500g tepung gandum*
100g tepung jagung*
50g tepung kastard*
25g susu tepung* (satukan dalam mangkuk)
400g mentega
120g gula aising
1 tsp garam halus
1 tsp esen vanilla

Untuk Hiasan:
Jem nenas secukupnya - iols guna readymade nyer :)

Cara Membuatnya:
1. Masukkan mentega, gula aising, garam dan esen vanilla ke dalam mangkuk dan kacau sebati menggunakan senduk kayu @ spatula.

2. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

3. Canai doh setebal 1/2 cm dan terap dengan acuan tat. Hiaskan dengan jem nenas.

4. Bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 15-20 minit.

5. Sejukkan biskut sebelum disimpan.


No comments:

Post a Comment