20 June 2012

KEK COKLAT DENGAN ICING PEANUT BUTTER


Hi...hari ni iols malas nak membebel pepanjang. Actually ni entry yg dok terperap dah lama. Iols agak busy nak postkan. Iols buat kek ni sebab tetiba terliur nak makan chocolate cake. Lepas dah godek-godek cenggini le jadiknyer. Untuk uols yang nak cuba silalah ye..jangan segan jangan malu... jemputtttt..

BAHAN-BAHAN

KEK COKLAT
2 cawan gula
1 3/4 cawan tepung serbaguna a.k.a tepung gandum :)
3/4 cawan serbuk koko
2 tsp baking soda
1 tsp baking powder
1 tsp garam halus
2 biji telur
1 cawan buttermilk* (1 tbsp cuka + susu jadikan secawan)
1 cawan air kopi ( 1 cawan air panas + 2 tbsp nescafe)
1/2 cawan minyak sayuran
2 tsp esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Lanserkan 2 loyang 6-inci dan lapik bahagian bawah loyang dengan kertas minyak.

2. Didalam mangkuk besar satukan gula, tepung, serbuk koko, baking soda & baking powder. Kacau sebati. Kemudian masukkan telur, buttermilk, air kopi, minyak dan esen vanila. Putar adunan pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 2 minit. Adunan kek ini agak cair ye..so jgn la uols terkejut pulak!

3.Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit @ sehingga masak. Sejukkan kek selama 10 minit dan keluarkan dari loyang ke atas redai. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihias.



ICING PEANUT BUTTER
Rujukan: Ina Garten

1 cawan creamy peanut butter 
100g mentega - suhu bilik
1 cawan gula icing
1/4 tsp garam
1/3 cup krim
1/2 tsp esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Masukkan peanut butter, gula icing, mentega, garam dan esen vanila kedalam mixer dan putar pada
    kelajuan sederhana sehingga sebati dan berkrim.

2. Masukkan krim dan pukul pada kelajuan yang tinggi sehingga adunan menjadi ringan dan gebu.


COKLAT GANACHE 
Rujukan:  Joyofbaking

227g dark chocolate
180ml dairy whipping cream
28g  mentega

Cara Membuatnya:
1. Potong coklat menjadi ketulan-ketulan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk.

2.Panaskan krim sehingga timbul buih-buih halus (bukan mendidih ye ). Angkat dan curahkan ke dalam
   coklat
   biarkan sebentar sehingga coklat mencair dan kacau perlahan-lahan sehingga semua coklat cair dan sebati.

3. Masukkan mentega dan kacau sebati. Pukul menggunakan mixer sehingga adunan menjadi pekat dan licin










No comments:

Post a Comment