15 May 2012

GULAI TEMPOYAK UDANG PUCUK LABU

Hari ni iols nk kongsi resepi menu tghari iols. Masih panas lg ni..baru siap masak.

Bahan-bahan:
Seikat pucuk labu - boleh beli kt pasar ye uols
10 ekor udang - saiz sederhana
Segenggam cili padi* - di tumbuk @ blend
4 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih - di racik
2 sudu besar tempoyak
Santan pekat - dari sebiji kelapa @ beli yg dh siap perah lg sonang yo :)
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Panaskan santan bersama bahan yg telah dikisar @ tumbuk dan bawang putih racik.

2. Bila santan mula mendidih masukkan pucuk labu yg telah dibersihkan. Biarkan sebentar sehingga pucuk labu kecut.

3. Masukkan udang, tempoyak, gula dan garam secukup rasa.

4. Didihkan sebentar. Jika rasa tempoyak agak manis boleh letak sekeping asam keping mengikut selera masing2 ye..

5. Bolehlah dihidang bersama nasi panas...:)

Selamat mencuba!


Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment