04 October 2011

TAT BUNGA

Salam gud afternoon smua.. hari ni iols nk masukkan entry yg dah lemau ni... mana tau kot2 uols ble buat utk Raya Haji coming soon ni. Seperti biasa ni resipi godek kt umah Che Mat la cuma ni resepi Tat Stoberi dia tp iols murtadkan jdk Tat Bunga..jgn marah no Che Mat iols kongsikan resepi tu. Klu nak yg ori ble tgk kt sini, yg kat bawah ni yg ikut cara iols.  Sedap woo..melt in your mouth giteww...cuba lah..


BAHAN-BAHAN:
250g Mentega
100g marjerine
2 kuning telur
80g gula icing
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar tepung kastard
tepung gandum secukupnya ( iols guna lebih kurang 3 cawan)
Jem Nenas secukupnya


CARA MEMBUATNYA:
1. Putar mentega, marjerin, kuning telur dan vanila hingga sebati ( iols guna senduk kayu je..)
2. Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut dan boleh dicanai. Rehatkan 15 minit.
3. Canai dan terap menggunakan acuan bunga dan masukkan kedlm acuan kertas.
4. Bulat-bulatkan jem nenas sebesar jari kelingking dan letakkan di tengah2 adunan tadi.
5. Bakar pada suku 175C selama 15-20 minit. Sejukkan atas jaringan  sebelum di simpan dalam bekas kedap udara..