Pages

25 June 2012

I'M BEING TOO PAMPERED!

Hi.....hari ni iols tak nak kongsi reseipi masakkan ye tp iols nak kongsi  rasa je. Rasa  bertuah mendapat seorang suami yang understanding gitu.

Suami Uols rasa-rasa la kan...suami-suami uols jenis yang manjakan uols tak? Bukan manja yang gesel-gesel tu ye..'manja' yang jenis lain..jenis yg uols nak apa dia bagi..haa...gitu..:)

Suami iols orang nye cenggitu la..kalau ada rezeki lebih apa yang iols hint kat dia mesti dia belikan..Ya ALLAH..murah rezeki ceben mak gitu uols..hahahah.

Kesian jugak tengok dia kerja siang malam pagi petang gitu. Iols kat rumah  bersenang lenang goyang kaki En ceben pagi-pagi buta lagi dah keluar cari rezeki, tengah-tengah malam kang baru nampak batang hidung..Besar sungguh tanggung jawab dan pengorbanan seorang suami kan? Tambahan pulak nak memuaskan nepsu si isteri yang macam iols ni...tak pernah nyer cukup...

Apa-apa pun iols kongsikan all the surprise elements yang dibuat oleh En. ceben. Ini koleksi terbaru iols sempena 2012 merangkap hadiah birthday gitu..


The opening of 2012

 I am super excited!!
I see orangeeee..
My Bday gift. My new company...super cute!




My bday gift. A lovely anklet

Setinggi penghargaan untuk En ceben. Semoga panjang umur dan murah rezeki..;)You are such a wonderful super husband in the world!

I THINK I'M BEING TOO PAMPERED! am i????


20 June 2012

HAMPER RAYA

Hi selamat pagi semua.... wah hari ni iols bersiaran awal ye...jangan terkejut pulak! Sebenarnya ada yang iols nak sampaikan pada uols semua di hari Khamis ni. Kenapa Hari Khamis?????
Sebelum tu moh kite tengok dulu kelebihan hari Khamis ni..

Hari Khamis merupakan hari yang ke-lima, sebab itu dalam Bahasa Arab ditulis sebagai الخميس yang bermaksud “Yang Ke-lima”. Buat pengetahuan pembaca sekalian, hari Khamis merupakan hari yang baik untuk menunaikan Hajat. Kerana Allah memerintahkan Penunaian. Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Kamis.


Dah baca kan? Jadi sempena Hari Khamis ni iols nak minta jasa baik dan sokongan uols kalau nak tempah hamper raya tempahlah dari iols ye...hahahaha

Bisnes hamper ni iols kongsi dengan BFF iols si Eja Hamid tu. Iols buat ni sebab saja nak tolong ringankan sikit beban di bahu ceben iols tu..mana la tahu kot-kot permintaan melambung hasil promosi dari uols..Alhamdullillah..

Jadi kepada uols yang berminat boleh lah menghubungi nombor yg tertera kt flyer tu ataupun email shahrulhasnidar77@gmail.com

Terima kasih ye uols sebab sudi luangkan masa baca hajat iols ni...sebelum tu jom kita hayati kelebihan hari Khamis yang seterusnya. Semoga kita semua mendapat keberkatannya....insyaallah..


Sumber : Ezlin77

Antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah Islam adalah:

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan
    mengasingkannya.. (pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah.

Sekain itu pada hari Khamis ini juga disunatkan untuk ummat Islam melakukan puasa sunat. Ada banyak fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat pada hari ini kerana Rasulullah s.a.w. mengambil berat puasa pada hari Khamis. Dalilnya disunatkan berpuasa hari Khamis:
Pertama: Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;“Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

Kedua: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

Zikir hari Khamis – Zikir yang boleh Anda amalkan pada hari Khamis ini ialah:

سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ
Doa hari Khamis – Di bawah ini adalah doa-doa yang boleh anda amalkan selepas sembahyang 5 waktu pada hari Khamis ini.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat kepada jabatan ini dengan lebih cekap serta cemerlang.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.


{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ



KEK COKLAT DENGAN ICING PEANUT BUTTER


Hi...hari ni iols malas nak membebel pepanjang. Actually ni entry yg dok terperap dah lama. Iols agak busy nak postkan. Iols buat kek ni sebab tetiba terliur nak makan chocolate cake. Lepas dah godek-godek cenggini le jadiknyer. Untuk uols yang nak cuba silalah ye..jangan segan jangan malu... jemputtttt..

BAHAN-BAHAN

KEK COKLAT
2 cawan gula
1 3/4 cawan tepung serbaguna a.k.a tepung gandum :)
3/4 cawan serbuk koko
2 tsp baking soda
1 tsp baking powder
1 tsp garam halus
2 biji telur
1 cawan buttermilk* (1 tbsp cuka + susu jadikan secawan)
1 cawan air kopi ( 1 cawan air panas + 2 tbsp nescafe)
1/2 cawan minyak sayuran
2 tsp esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Lanserkan 2 loyang 6-inci dan lapik bahagian bawah loyang dengan kertas minyak.

2. Didalam mangkuk besar satukan gula, tepung, serbuk koko, baking soda & baking powder. Kacau sebati. Kemudian masukkan telur, buttermilk, air kopi, minyak dan esen vanila. Putar adunan pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 2 minit. Adunan kek ini agak cair ye..so jgn la uols terkejut pulak!

3.Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit @ sehingga masak. Sejukkan kek selama 10 minit dan keluarkan dari loyang ke atas redai. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihias.



ICING PEANUT BUTTER
Rujukan: Ina Garten

1 cawan creamy peanut butter 
100g mentega - suhu bilik
1 cawan gula icing
1/4 tsp garam
1/3 cup krim
1/2 tsp esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Masukkan peanut butter, gula icing, mentega, garam dan esen vanila kedalam mixer dan putar pada
    kelajuan sederhana sehingga sebati dan berkrim.

2. Masukkan krim dan pukul pada kelajuan yang tinggi sehingga adunan menjadi ringan dan gebu.


COKLAT GANACHE 
Rujukan:  Joyofbaking

227g dark chocolate
180ml dairy whipping cream
28g  mentega

Cara Membuatnya:
1. Potong coklat menjadi ketulan-ketulan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk.

2.Panaskan krim sehingga timbul buih-buih halus (bukan mendidih ye ). Angkat dan curahkan ke dalam
   coklat
   biarkan sebentar sehingga coklat mencair dan kacau perlahan-lahan sehingga semua coklat cair dan sebati.

3. Masukkan mentega dan kacau sebati. Pukul menggunakan mixer sehingga adunan menjadi pekat dan licin