01 October 2012

CINNAMON ESPRESSO CHURROS


Resepi Asal: Giada De Laurentiis

Bahan-Bahan Untuk Churros:
1 cawan air
90g mentega
2 tbsp gula
2 tsp serbuk espresso
1 tsp garam
1 cawan tepung gandum 
2 biji telur 
Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan Untuk Cinnamon Sugar
1/2 cawan gula caster
1 tbsp serbuk espresso
2 tbsp serbuk kayu manis

Cara Membuatnya:
1. Satukan kesemua bahan-bahan untuk cinnamon sugar. Gaul rata dan ketepikan

2. Masukkan semua bahan-bahan untuk churros kedalam periuk kecuali tepung dan panaskan sehingga larut 
    dan kecilkan api.

3. Perlahan-lahan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan senduk kayu sehingga 
    adunan sebati dan menjadi doh.

4. Masukkan doh tadi kedalam mesin pengadun. Putar dengan kelajuan sederhana dan masukkan telur.    
    Putar lagi hingga adunan sebati

5. Panaskan minyak untuk menggoreng

6. Masukkan adunan yang telah siap kedalam bag pastri yang dipasang dengan tip (iols guna open star tip)

7. Paipkan adunan ke dalam minyak yang panas dan goreng sehingga kuning keemasan @ garing. Angkat 
    dan toskan minyak yang berlebihan dan gaulkan dengan Cinnamon Sugar.

8. Siap untuk dihidangkan.





No comments:

Post a Comment