18 October 2012

SUPERMOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE



Semalam bangun je pagi si kecik tu minta nak makan kek...ermmm memang demand la anak iols ni kan? Bagi tak menghampakan si anak iols pun cuba la resepi dari dapur cik dayang ni..dah lama bookmark tapi tak buat-buat..Iols tak berapa  fanatik sangat coklat-coklat ni..tp memandangkan resepi ni amat mudah dan ringkas serta atas dasar nak abeskan stok coklat  iols pon ON la oven...

Bila dah siap masak tak sempat nak wat topping si kecik tu dah lompat-lompat nak makan. Baru je pusing belakang nak amik pinggang dah berlubang kek tu di korek budak kecik. Apa-apa pun suka budak kecik makan kek ni sambil tunjuk isyarat jari best.. ceben iols yang cute tu pun cakap sedapppp :)
so jom semak resepi..



Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com


Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (iols guna Harshey)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek (loyang 6-7 inci). Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

No comments:

Post a Comment