Pages

30 May 2011

SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

Bahan-Bahan:
2 genggam ikan bilis - di goreng rangup
1 genggam cili api*
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih* (dikisar)
1 keping asam gelugur
1 sudu besar sos tiram
Terung pipit (ikut suka berapa byk uols suka)
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:
1) Tumis bahan2 yg telah dikisar halus.
2) Masukkan asam gelugor, sos tiram dan gula.
3) Setelah garing masukkan terung pipit dan garam. Masak selama 5 minit dan masukkan ikan bilis yg telah digoreng. Angkat dan sedia utk dihidang..
Sent from my BlackBerry® smartphone

BUTTER GOLDEN CHURN TAK HALAL??

(Pinjam gambar  dari  dapur Che Mat)
Hi uols!!...huih dah lama bebeno iols x bersiaran yerk. Bukan nyer tak de citer tp bz sampai x sempat nk bercerita...ngalahkan bini PM lak...hahahahahaha.

Anyway..td iols singgah jap umah che mat gebu..tetiba terbaca lak psl article ni.. seram sejuk iolss tau.Klu uols nak tau lebih lanjut uols ble jemput ke  umah che mat.Dia  punya cerita lg pjg and lengkap kt sana. Iols malas nk menaip dah..sb tetiba geli tekak tp nk wat lagu mana dah berapa byk kek iols wat guna butter ni..dh diproses menjadi baja organik pon..:) Oleh kerana iols dah tau..maka iols pon bertaubat lah.. kita guna jek butter lain pulak.. Renung-renungkan...dan selamat beramal.....:)



18 May 2011

SAMBAL TELUR AZRUL

Ni lauk dinner iols mlm ni.. Nama resepi tu inspired dr blogger masak ternama tu..CMG. Telur ni dpt masa kenduri Azrul opismate ceben...Bkn che mat je yg suka kontrovesi tau...iols pon loike!!hehehehe

Bahan-Bahan
4 biji telur rebus ( iols guna telur kenduri Azrul; opismate ceben)
4 sudu besar cili pes ( cili kering yg dikisar bersama bwng besar n bwg putih)
1 kpg asam gelugor
1 biji bawang besar - dihiris
1 sudu sos tiram
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Goreng telur rebus sehingga warna agak keemasan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis cili pes. Bila agak garing masukkan sos tiram, gula n garam secukup rasa.
3. Akhir sekali masukkan bwang dan masak sebentar. Angkat dan curah keats telur. Siap utk di hidang....


Sent from my BlackBerry® smartphone

13 May 2011

OPERASI JERUK MANGGA

Hi uolssss..... Mesti uols smua kecur nengok mangga yg gebu2 mengkal bak anak dara sunti ni kan? Tahun ni pokok mangga ni mimpi apa ntah..lebat pulak buahnya.

Mangga ni iols petik kt pokok mak mentua iols la...skng ni iols blk rembau jap..amik air penawar untuk anak iols yg encem tu sb bdn dia cam panas je.. (Tak bermakna iols orthodox ye..)

Ermmm...igt nati mlm nak wat jeruk mangga la. Dh lama x mkn jeruk mangga...Uols tgu je hasilnye nati iols nk wat sneak preview..:))
Sent from my BlackBerry® smartphone

10 May 2011

ASAM REBUS KELADI


Bahan-Bahan
2 pokok keladi - dikupas kulit luar dan rebus tanpa air bersama 1 keping asam gelugur & toskan
5 biji cili kering - rendam*
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
sedikit ikan bilis* (dikisar)
3 keping asam gelugur
3 cawan air
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
Masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk kecuali keladi. Renehkan sehingga mendidih dan masukkan keladi. Tambah garam dan gula secukup rasa.


06 May 2011

HARITH TOOK HIS 1st FLIGHT...

Entah apa mimpi ceben arini...tetiba je dia suruh iols siap2. Bila tanya nk g mana dia ckp Langkawi....

Iols pon trus siap2 dlm masa 1/2 jam je..trus g skypark terminal subang...fuh terasa mcm ada private jet lak..ni le 1st time Ayith nk naik kapal terbang..:))

Iols dh nak berangkat ni. Esok iols bg laporan penuh ye...bye!!
Sent from my BlackBerry® smartphone

BISKUT Y


Salam Jumaat smua...arini iols nk share  resepi biskut raya dr kampung ayahanda iols...:)
Uols penah ke mkn biskut ni? Iols x penah jumpa biskut ni kt mana2 tmpt di mesia ni kecuali di Baling je..(bkn perbuatan membaling ye tp nama sebuah daerah di kedah)

Resepi ni iols cipta sendiri le sb penah minta kt mak2 menakan tp depa mcm kedekut ilmu sket....muahahahaha...(ayat keji dr anak menakan..) jgn amik ati yer..gurau jer..


Bahan-Bahan;
125 g marjerine
125 g butter (salted)
250 g gula
500 g plain flour

Cara Membuatnya;
1.Satukan semua bahan2 ke dlm mangkuk dan ramas dengan ujung jari sehingga menjadi serbuk seperti serbuk roti.  Padatkan adunan ke dalam acuan biskut.
2.bakar pada suhu 180c selama 15-20 minit @ sehingga kuning keemasan.
3. Sejukan sebentar dan ketuk acuan diatas cutting board utk mengeluarkan biskut dan simpan di dlm bekas kedap udara.


04 May 2011

AFTER 5 DAYS

Alhamdulillah..... Slps 5 hari berlalu tangan Harith makin sembuh. Td doc bgtau cuma jgn bg dia garu @ kopek luka tu aje...

Hari ni iols bwk dia g sepital utk routine immunization...naik bingit telinga sb dia menjerit meraung. Harith..Harith doc lom cucuk lg harith dh jerit..:) LUP U!!
Sent from my BlackBerry® smartphone

MS PEGGY DAN ENCIK NORITAKE

Iols bukannya ada kengkawan omputih atau pakcik kt Japan ye... Ms Peggy & Encik Noritake ni bukan  mangsa gempa bumi @ Tsunami tp merupakan mangsa kerakusan iols. Iols  mmg bernapsu ber'wang giteww...hahahahahaha. 

Al kisah Ahad lps  iols g KLCC nk beli buku kt Kinokuniya.  Ni le buku yg iols beli . Hasil nukilan si PEGGY PORSCHEN. Pendapat iols tak berapa memuaskan la buku ni compare to Cake Planet..



Lps beli buku termasuk lak kedai si Setan tu. Igt nk beli botol susu Harith jer.. tp sb dah masuk kedai setan maka iols pon terpedaya la ngn hasutan setan. Dek kerana napsu rakus iols yg meluap luap ni..maka meranalah ceben iols...sb iols telah jatuh chenta sama itu En. Notitake ( Jgn marah ye ceben..ni iols utang tau...180x bayor..:))


Walaupon iols dah berumah tangga selama 6 tahun tp ini lah TEA SET pertama iols ..(syahdu woo). Walaupun x cun dimata uols tp ttp menawan di mata iols...

Lps ni iols nak wat tea party le...tp utk 6 org jemputan je. Pada sesiapa yg iols x jemput tu jgn kecik hati ye... 


03 May 2011

MALANG TIDAK BERBAU

Selama setahun iols melahirkan dan menjaga Harith... terjadi jugak insiden yg tak diingini...Harith terkena AIR PANASS!! Ya Allah... sentap jantung iols bila tetiba dengar Ayith menjerit..menangis2..

Pity little hand....:(

Kejadian ni berlaku pd hari Sabtu lps masa iols nk ceben tgh siap2 nk g Raub. Masa tgh ceben nk mandikan, Harith sepantas kilat g pegang gayung berisi air panas..mmg x smpt nk kata apa. Iols ngn ceben punya lah pucat..trus bwk dia g jumpa doctor. Lps doc explain n bg ubat bru le rasa tenang sket..tp sian Harith...dia asyik nangis je..mesti sakit sgt2..Harith...mommy n daddy so sorry ye...

Ni kira pengajaran wat iols ngn ceben.... after this we will be xtra carefull...

02 May 2011

SAMBAL TENGGIRI BERSAMA PETAI


Bahan-bahan:
3 keping isi ikan tenggiri
1 sudu teh garam
1 sudu teh sebuk kunyit
20 biji cili kering - dibuang biji & direbus sebentar*
3 ulas bawang merah*
1/2 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 keping asam keping
1 papan petai - di kopek
3 sudu besar minyak utk menumis
3 sudu besar air
sedikit gula dan garam utk perisa

Cara Membuatnya:
1. Salutkan ikan dengan kunyit dan garam. Goreng ikan sehingga agak garing. Angkat  dan ketepikan.
2.Kisar semua bahan yg bertanda* dan ketepikan
3.Tumiskan bahan2 yang telah dikisar bersama sos cili, sos tomato, sos tiram dan asam keping.
4. Masukkan air serta gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan petai.
5. Angkat dan curahkan ke atas ikan yg telah digoreng tadi.

KEK PISANG


Salam uolss... harap uols smua sihat n cergas la hari ni ek. Ye lah dah 3 hari bercuti, klu lembab jugak arini tak tau lah...:)) Untuk tidak membazirkan pisang yg mak iols bg last week ni..iols pun merajinkanlah diri sebentar utk buat kek pisang ni...(padahal niat sebenor nak melaram tea set Noritake iols yg baru beli smlm ni...hehehehe). 

Dlm resepi ni iols guna 1/2 cwn gula jek..sb iols x suka manis2 sgt..sb muka iols ni pon dh cukup manis giteww.. tp klu uols nk manis sket ble la adjust sukatan gula tu ikut tekak uols..Resepi ni mudah sgt.. x yah nk berpeluh ketiak gitew. Jom tgk resepi...

Bahan-Bahan:
2 biji telur (gred A)
1/2 cwn gula kaster
1/2 cwn pisang yg dilenyek bersama secubit garam
1 cwn tepung gandum*
1/2 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh baking soda* (* diayak)
1/2 cwn butter yg dicairkan ( boleh juga guna minyak)
1 sudu teh esen vanilla / esen pisang

Cara Membuatnya:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang & masukkan garam
2. Masukkan pisang dan pukul sebentar
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit
4.Akhir sekali masukkan minyak dan esen vanila. Gaul sebati...
5. Tuang kedalam acuan bulat 7"x3" yg telah disapukan butter dan dialas kertas minyak. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama lebing kurang 40 minit atau sehingga masak.............