Pages

02 May 2011

KEK PISANG


Salam uolss... harap uols smua sihat n cergas la hari ni ek. Ye lah dah 3 hari bercuti, klu lembab jugak arini tak tau lah...:)) Untuk tidak membazirkan pisang yg mak iols bg last week ni..iols pun merajinkanlah diri sebentar utk buat kek pisang ni...(padahal niat sebenor nak melaram tea set Noritake iols yg baru beli smlm ni...hehehehe). 

Dlm resepi ni iols guna 1/2 cwn gula jek..sb iols x suka manis2 sgt..sb muka iols ni pon dh cukup manis giteww.. tp klu uols nk manis sket ble la adjust sukatan gula tu ikut tekak uols..Resepi ni mudah sgt.. x yah nk berpeluh ketiak gitew. Jom tgk resepi...

Bahan-Bahan:
2 biji telur (gred A)
1/2 cwn gula kaster
1/2 cwn pisang yg dilenyek bersama secubit garam
1 cwn tepung gandum*
1/2 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh baking soda* (* diayak)
1/2 cwn butter yg dicairkan ( boleh juga guna minyak)
1 sudu teh esen vanilla / esen pisang

Cara Membuatnya:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang & masukkan garam
2. Masukkan pisang dan pukul sebentar
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit
4.Akhir sekali masukkan minyak dan esen vanila. Gaul sebati...
5. Tuang kedalam acuan bulat 7"x3" yg telah disapukan butter dan dialas kertas minyak. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama lebing kurang 40 minit atau sehingga masak.............

No comments:

Post a Comment