02 May 2011

SAMBAL TENGGIRI BERSAMA PETAI


Bahan-bahan:
3 keping isi ikan tenggiri
1 sudu teh garam
1 sudu teh sebuk kunyit
20 biji cili kering - dibuang biji & direbus sebentar*
3 ulas bawang merah*
1/2 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 keping asam keping
1 papan petai - di kopek
3 sudu besar minyak utk menumis
3 sudu besar air
sedikit gula dan garam utk perisa

Cara Membuatnya:
1. Salutkan ikan dengan kunyit dan garam. Goreng ikan sehingga agak garing. Angkat  dan ketepikan.
2.Kisar semua bahan yg bertanda* dan ketepikan
3.Tumiskan bahan2 yang telah dikisar bersama sos cili, sos tomato, sos tiram dan asam keping.
4. Masukkan air serta gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan petai.
5. Angkat dan curahkan ke atas ikan yg telah digoreng tadi.

No comments:

Post a Comment