Pages

23 July 2012

JUADAH HARI KE 3


Kejap je dah 3 hari  weols berpuasa. Hari ni le baru iols 1st time masak untuk berbuka sb hari 1st and 2nd balik umah mertua..so dia yang masak iols tolong hidangkan jer..muahahaha

Hari ni masak kuih karipap & buah melaka je..lauk ceben iols tapau ye..tu pun ikan bakar je. Iols ngan ceben mmg peminat karipap tp selalunya bila beli sure ada je yang tak kena..tak garing la..tak sedap la, tak best la..memang macam-macam la komen..so demi membanggakan hati seorang suami iols pon cubalah buat karipap. Bila ceben gigit je karipap tu..trus dia tunjuk signal best kt batang hidung iols sambil kata " terbaek la mami!" hahaha...trus kembang kuncup jap. Bila iols rasa memang karipap ni menepati citarasa kami weols berdua lah... rasanya klu dibandingkan dgn karipap Dato' Fazly karipap iols sure menang punye ...hahahaha
Giler perasan iols ni kan? Bukanya apa..excited sebab resepi sendiri...

Apa-apa pun disini iols kongsikan resepi karipap iols. Harap uols suka. Kalau tak suka pun lantak uols lah yang penting ceben iols bagi 5 bintang..hahahaha..



KARIPAP SARDIN


Hidangan: 12 biji saiz sederhana

Bahan-Bahan:

Kulit Karipap;
1 cawan tepung
1 sudu makan marjerin - cairkan
2 sudu makan minyak
5 sudu makan air
sedikit garam

Inti;
1 biji bawang besar ( saiz sederhana) - hiris nipis
1 biji bawang putih - cincang halus
1 tin kecil sardine ( iols guna ayam brand)
6 biji cili padi - dipotong (ikut tahap kepedasan yang uols inginkan)
1 keping asam keping
1 sudu makan daun sup - di hiris halus
2 sudu makan minyak untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuat Doh;
1.  Satukan marjerin, minyak dan garam ke dalam periuk kecil dan panaskan sehingga marjerin cair.

2. Tuangkan ke dalam tepung dan gaul rata.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh dan rehatkan sebentar sebelum digunakan.


Cara Membuat Inti:
1. Didalam periuk tumis bawang besar sehingga agak kekuning-kuningan dan masukkan bawang putih  yang  telah dicincang tadi.

2. Masukkan sardin dan asam keping. Hancurkan isi ikan menggunakan senduk @ garpu.

3. Masukkan cili padi, daun sup dan perisakan dengan gula & garam.

4. Bila agak kering angkat dan sejukkan sebelum digunakan.




BUAH MELAKA


Hidangan: 15 biji (saiz kecil molek :))
Bahan-Bahan:
1/2 cawan tepung pulut
2 sudu makan air kapur - ni kapur mkn sirih tu ye..bkn kapur barus..:)
2 sudu air
1/2 sudu teh pes pandan
1 keping gula enau @ gula melaka - dipotong kiub kecil
1/2 cawan kelapa parut putih  - dikukus, sejukkan dan digaul dengan sedikit garam

Cara Membuatnya:
1. Panaskan air didalam periuk untuk merebus buah melaka.

2. Campurkan tepung pulut, air kapur dan pes pandan kedalam mangkuk dan tuangkan air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh yang lembut.

3. Ambil sedikit doh (sebesar ibu jari),  masukkan gula enau dan bulat-bulatkan dan terus masukkan kedalam air yang telah mendidih tadi. Biarkan sehingga ia timbul dan bolehlah diangkat dan golekkan dalam kelapa parut yang telah dikukus tadi.

4. Ulangi proses sehingga selesai.



20 July 2012

RAMADHAN DATANG LAGI...

pix from google

Salam semua... Ramadhan datang lagi...bersyukure sangat kerana masih lagi berpeluang mengecap kenikmatan bulan Ramadhan. Bila tibanya bulan yang mulia ni pasti kita teringat zaman kanak-kanak dulu kan? teringat kemeriahan berpuasa di kampung..tp semua zaman tu sudah berlalu dah tak dapat nak ulang tayang lagi. kalau balik kampung pun skang ni dah tak dapat 'feel' tu. Apa-apa pun iols tetap bersyukur sebab masih lagi dapat merasa kenikmatan bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan menjadikan iols seorang insan yang lebih menghargai penciptaNya.

Pejam celik tahun ni merupakan tahun yang ke 8 iols berpuasa sbg seorang isteri dan yang ke 3 sebagai seorang ibu. Pastinya hari raya yang bakal menjelang ini akan lebih meriah dengan telatah anak iols yang makin membesar tu..Nasib baik dia kecik lagi kalau dah besar entah macam manalah ragam dia berpuasa..hehehehe tak sabar nak tunggu saat tu nati..:)

Ok lah..iols nak siap-siap ni nak balik Rembau umah mentua. Di kesempatan ini iols nak ucapkan selamat melakukan ibadah puasa buat semua umat Islam di Dunia ni....


18 July 2012

FRUIT TART

SWEET CRUST

Bahan-Bahan:
140g tepung gandum
55g caster sugar
115g mentega - sejuk ( kalau guna mentega tanpa garam sila tambah secubit garam dlm adunan nanti)
1 biji kuning telur saiz A
1-2 sudu makan air sejuk - dari peti sejuk

Cara Membuatnya:
1. Satukan tepung dan gula ke dalam mangkuk.

2. Potong mentega kepada ketulan-ketulan kecil dan masukkan ke dalam tepung. Ramas menggunakan hujung jari sehingga adunan menjadi seperti pasir.

3. Campurkan air sejuk dan telur dan pukul sedikt hingga bercampur. Tuangkan perlahan-lahan kedalam adunan tepung dan gaul hingga menjadi doh. Jangan uli doh tersebut ye takut nati jadi liat pulak. Bungkuskan doh tadi dengan plastic wrap dan sejukkan sebentar di dalam peti sejuk (dalam 1/2 jam)

4. Tekan doh ke dalam acuan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 10 minit atau sehingga kuning keemasan.

Tips: untuk mengelakkan pastry menggelembung cucuk-cucukkan sedikit dengan garpu sebelum dibakar.


PASTRY CREAM

Bahan-Bahan:
1/2 cawan gula
2 biji telur
1 biji kuning telur
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung kastard
1 1/2 cawan susu
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuatnya:
1. Satukan telur, gula , tepung jagung dan tepung kastard kedalam mangkuk dan kacau rata.

2. Panaskan susu didalam periuk (bkn didih ye) bila susu agak panas sendukkan separuh kedalam adunan telur sambil mengacau sampai sebati dan tuang balik adunan telur kedalam periuk susu tadi dan masak diatas api yang sederhana sehingga pekat. Padamkan api dan masukkan esen vanilla serta mentega dan kacau hingga sebati

3. Masukkan kedalam mangkuk dan tutup permukaan pastry cream tadi dengan plastic wrap supaya tidak terbentuk lapisan kerak dipermukaannya. Simpan didalam peti sejuk lebih kurang 2 @ 3 jam sebelum digunakan

4. Paipkan pastry cream kedalam 'tart shell' dan hias dengan buah-buahan kegemaran anda. Sapukan permukaan buah dengan madu yang dicampurkan sedikit air supaya buah nampak berkilat.


budak yang tak sabar-sabar nak makan tart

P/s:  iols paipkan sedikit bluberry filling kedalam tart dan baru paipkan pastry cream.. yummm

Selamat mencuba...





CREAMY ROASTED PUMPKIN SOUP / SUP LABU PANGGANG BERKRIM


Bila time hujan cuaca sejuk ni ...tekak pun terasa la nak menghirup minuman @ makanan yang panas-panas. Hari ni iols kongsikan resepi pumpkin soup iols yang sangat mudah ni. Pada pandangan tekak iols sungguh smooth & soothing gitu..anak teruna iols memang suka sup-sup ni.. tadi dia makan sambil cakap " ma...yum yum" habis 2 keping roti. Bermakna sedap le tu..hehehehe

Bahan-Bahan:
1/4 biji labu - Potong labu kepada 4 bahagian dan buangkan bijinya ( x perlu buang kulit ye)
1/2 biji bawang holland
2 sudu makan minyak zaitun
1/2 inci halia muda
1/2 ketul kiub ayam - iols pakai Knorr
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 cawan air - kalau guna chicken stok boleh omit kiub ayam tu
1/3 cawan dairy krim 
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Masukkan labu dan bawang ke dalam dulang pembakar. Gaulkan dengan minyak zaitun dan sedikit garam. Panggang didalam oven selama 25 minit pada suhu 180C

2. Setelah labu empuk ceduk isi labu dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama bawang, halia, kiub ayam dan 2 cawan air. Kisar sehingga halus

3.Tapiskan bahan yang dikisar tadi kedalam periuk ( bg mendapatkan texture sup yg  silky smooth) dan tambah 1 cawan air lagi. biarkan mendidih dan masukkan krim lada sulah dan garam secukup rasa. Renihkan sebentar dan siap untuk dihidang bersama roti yang di bakar. 


p/s: untuk roti tu iols guna sour dough bread yang disapukan sedikit minyak zaitun dan dibakar didalam oven sehingga kuning keemasan...





SOTONG MASAK ASAM


Ni menu tengahari iols semalam ye..dah seminggu tak pergi pasar..godek-godek dalam esbok ada sutun je..Oleh sebab perasaan malas yg membuak-buak maka inilah masakan yang paling mudah dan ringkas yang penting sedap..hehehehe

Bahan-Bahan:
3 ekor sotong saiz sederhana
2 ulas bawang putih - diketuk
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat (klu suka bawang boleh letak sebiji :)
5 biji cili api - dibelah tengah
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil kicap masin
5 sudu makan air asam jawa
1 tangkai daun bawang
2 sudu makan minyak untuk menumis
gula dan garam sekucup rasa

Cara Membuatnya:
1.  Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bawang putih hinga kekuningan
2. Masukkan sotong dan kecutkan sebentar. Masukkan sos tiram, kicap, air asam, cili api dan bawang besar.
3. Perisakan dengan gula dan garam secukup rasa dan masukkan daun bawang.
4. Sedia untuk dihidang

Selamat mencuba...



13 July 2012

SUGAR COOKIES BOUQUET

Ni kegilaan terbaru iols ye. Pada sesiapa yang berkenan nak tempah boleh contact iols ...:)


Twinkle-twinkle little star

Kau kunci cintaku dalam hatimu..

i will always love you


Jemput la ke rumah iols yang lagi satu ni ye...http://frenzycupcakes2007.blogspot.com


TEMPAHAN BULAN JUNE

Sebenarnya dah lama tak amik tempahan ni..pejam celik dah 3 tahun iols cuti dari amik tempahan ni sejak dari start pregnant sampai la umur anak dah 2 1/2 tahun. so skang anak dah besar sket teringin pulak nak start balik amik tempahan. Kalau diikutkan dah 5 tahun iols berkecimpung dalam bisnes ni di sebalik nama www.frenzycupcakes.com tp bila dah teruk sangat mabuk mengandung iols jadik malas nak buat lagi..so iols pon tutup la website tu sb selagi tak tutup selagi tu lah  ramai yg dok call tanya nak buat tempahan..bukannya iols nak menolak rezeki tapi paham2 je lah keadaan ibu mengandung kan..hehehehe

Walaupun dah lama cuti tapi iols still ada loyal customers lagi..terima kasih yg tak terhingga buat semua yang masih sudi menempah gitu.....lepas ni pada sesiapa yang nak menempah boleh le contact iols kat http://frenzycupcakes2007.blogspot.com  ye....:)

Ni tempahan oleh Puan Nurul sempena anniversary nye yg ke 5..


Ni pulak dari puan sri Fara...

Ni tempahan dari Ain utk anak sedaranya..