12 January 2013

MUFFIN PISANG


Resepi ni iols selongkar kt dapur Che Mat Gebu yang fofular tu. CMG wat kek tp iols derhakakan sikit la jadikkan muffin and tambah sedikit chocolate chips. Jangan marah no tuan tanah sebab tuan tanah pon selalu gak derhakakan resepi..ekekeke

This one is perfect for me...lembut, gebu, moist and not too sweet. Nak buat pun senang tak perlu berpeluh ketiak gitu. Memang sedap untuk breakfast atau  juadah minum petang


BAHAN-BAHAN: 
 
200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor
Secubit garam
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur
1 camca besar ovallate
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan coklat cip 
 
CARA-CARA:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loyang muffin bersama acuan kertas. Ketepikan.
  2. Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak sayur dan esen vanilla. Gaul hingga sebati. dan masukkan coklat cip.
  3. Sendukkan ke dalam acuan kertas tadi  ( iols guna ice cream scoop) dan bakar selama 20-25  minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Keluarkan muffin dari oven dan biarkan selama 5 minit sebelum dikeluarkan dari loyang muffin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..

No comments:

Post a Comment