Pages

04 October 2011

TAT BUNGA

Salam gud afternoon smua.. hari ni iols nk masukkan entry yg dah lemau ni... mana tau kot2 uols ble buat utk Raya Haji coming soon ni. Seperti biasa ni resipi godek kt umah Che Mat la cuma ni resepi Tat Stoberi dia tp iols murtadkan jdk Tat Bunga..jgn marah no Che Mat iols kongsikan resepi tu. Klu nak yg ori ble tgk kt sini, yg kat bawah ni yg ikut cara iols.  Sedap woo..melt in your mouth giteww...cuba lah..


BAHAN-BAHAN:
250g Mentega
100g marjerine
2 kuning telur
80g gula icing
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar tepung kastard
tepung gandum secukupnya ( iols guna lebih kurang 3 cawan)
Jem Nenas secukupnya


CARA MEMBUATNYA:
1. Putar mentega, marjerin, kuning telur dan vanila hingga sebati ( iols guna senduk kayu je..)
2. Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut dan boleh dicanai. Rehatkan 15 minit.
3. Canai dan terap menggunakan acuan bunga dan masukkan kedlm acuan kertas.
4. Bulat-bulatkan jem nenas sebesar jari kelingking dan letakkan di tengah2 adunan tadi.
5. Bakar pada suku 175C selama 15-20 minit. Sejukkan atas jaringan  sebelum di simpan dalam bekas kedap udara..





29 September 2011

TETIBA RINDU....:(

Agak lama sungguh iols tak muncul di alam maya ni...yelah org cuti raya seminggu jer..iols cuti sebulan tu..
Itu pasal la otak jdk lembab n slow sket. Sebenornyer iols pun cuti seminggu je..tp skng ni iols rasa cam bz semedang..mcm x ckup tangan nk wat keje..x cukup otak nk berpikir..entah apa yg dipikirkan iols pon tak tau..hahahaha

Sebenarnyer arini budak2 opis smua cuti sb depa dh 2 hari bersengkang mata siapkan kerja..hanya iols je ada kt opis ngan 'bos kecik'. Bila sunyi je kt opis tu yg tetiba rasa rindu lak kt abg iols yg sblm ni merangkap manager kt opis ni. Skng ni dia dh dok kt Frankfurt ikut wife dia a.ka. kak ipaq yg kena transfer sana...Klu dulu malas nk drive ble jgk tumpang dia tp skng malas camne pon iols kena la drive sendri..Dah lama rasanye tak jumpa dia..and tak dengar dengusan2 marah dia kt opis ni.. Walaupon ble bbm hari2 tp tak serupa mcm jumpa hari2.. sedih la pulak :(

Harap abg ngn kak ipaq sihat dan ceria ... nati klu cukup modal iols dtg menziarah ye..

ni gambaq masa minggu2 terakhir sblm abg berlepas ke frankfurt..



22 August 2011

BISKUT KELAPA

Ni biskut kelapa..peberet iols gak ni..bak kata raya tahun ni kuih raya smua ikut selera tekak iols je..tekak org lain iols  tak pedulik ye..:) Iols suka resepi ni sb biskut ni ringan ngn gebu je... tok2 yg tak dak gigi pon ble mkn.. mana lg dpt resepi yg best ni klu bkn dr umah che mat..Che mat rajin so dia tekan pakai acuan tp utk org2 yg agak bz mcm iols ni kita buat bulat2 je..cepat siap.. kita kopipes lagi ye sb iols malas nk taip..TQ CMG..

BAHAN-BAHANNYA :-)
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
95 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
200 g mentega (atau secukupnya)

BAHAN HIASAN :-)
Kuning telur, untuk disapu
Hirisan ceri untuk hiasan
Kelapa kering, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
  3. Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
  4. Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 175C selamat 15 - 20 minit, bergantung pada jenis oven masing2. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....


KUIH SEMPRIT


Salam Ramadhan smua..dah lama iols tak masuk dapur..ni iols nk kongsi ngn uols  kuih raya yg iols buat ni.. jemput lah ye..jgn malu2..

Ha... ni le iols nyer all time favourite kuih raya...KUIH SEMPRIT... a.k.a Bunga Dahlia. seperti biasa utk resepi kuih raya iols selongkar le dpaur CMG .. hahahaha jgn marah ye  cik mat. Iols kopipes resepi cik mat kt sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (iols yg kedekut ni pakai buttercup jeww..)
160 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan 


CARA MEMBUATNYA :-) 
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

 *Note: iols tambah 1 sudu besar tpg gandum. uli sebentar dan rehatkan doh lebih kurang 15min baru iols tekan dlm sarang bunga tu.




28 July 2011

CHOCOLATIEST BROWNIES

Ermmm....dah lama iols tingin nk mkn brownies..bru 2 hr lps dpt buat. Iols amik resepi ni dr BigOven. The verdict is.......iols suka la brownies cenggini, lembut..crumbly, chocolaty and melt in my mouth lah! but for those yg suka brownies yg chewy gooey gitew this resepi may not for u lah...but this really works for my tastebuds..:)

Sila abaikan stoberi iols yg agak berkedut tu...dh lama sgt terperuk dlm peti sejuk..:)

Bahan-Bahan:
3/4 cwn gula caster
3/4 cwn mentega
2 tbsp air
2 cwn chocolate chips (iols guna bitter sweet)
1 tsp esen vanilla
2 biji telur
3/4 cwn tepung
1/2 tsp garam
1/2 tsp baking soda

Cara Membuatnya:
1. Satukan tepung, garam dan baking soda, ketepikan.
2.Masukkan mentega, gula dan air kedalam  periuk dan didihkan sebentar.
3. Angkat dan masukkan 1 cwn chocolate chips dan esen vanilla Kacau sebati. biarkan sejuk sebentar.
4. Setelah agak sejuk masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan tepung. Kacau hinga sebati
5.Akhir sekali masukkan lebihan coklat tadi. (boleh juga disimpan sedikit untuk ditabur diatas brownies)
6.Tuangkan adunan kedlm acuan ( iols guna square pan  9"x9") yg telah digriskan dan dilapik kertas minyak.
7. Bakar pada suhu 180C selama 30minit.


25 July 2011

EGG IN THE BASKET

Ni breakfast iols wat last week...lupa nk update..tgk roti kt dlm peti sejuk tu cian lak...so ini lah hasil nukilan iols..:)

Bahan-Bahan:
6 kpg roti putih
Minyak zaitun
Scramble egg

Cara Membuatnya:
1. Buang kerak roti..sapukan roti dgn minyak zaitun dan letakkan ke dlm acuan muffin.
2. Bakar roti selama 10 min @ hingga kuning keemasan dlm oven pd suhu 160C
3. Kluarkan dan isikan dgn scramble egg. Sedia utk di hidang..

*best kalau mkn ngn mushroom soup.....yummm. Selamat mencuba ols..


Sent from my BlackBerry® smartphone

22 July 2011

IOLS NAK NAIK PANGKAT...;)

Wah..dupdap dupdap iols rasa..nak naik pangkat ni....ngeeeeeee
tak sabor...x sabor...
cepat le....

Uols pon x sabor ke nak tau?? Kita tunggu je lah sampai time iols update ye...:)

18 July 2011

RED VELVET CUPCAKES UNTUK ROXETTE

Last week iols nyer best fren ROXETTE dr Sri Iskandar datang kursus kt Shah Alam.Awai-awai lg dia dh bgtau iols dia nk rasa cupcakes yg iols wat. Jadi iols pon wat le RVC ni khas utk mu Gozet!
Sib baik Gozet ckp sedap..siap berebut lg ngn anak2 menakan dia....hehehehehehe



14 July 2011

VANILLA CUPCAKES


Bahan-Bahan:
125g mentega
125g caster sugar
2 biji telur
150g tepung naik sendiri - diayak
1 tsp esen vanilla
1 vanilla pod - belah dan kikis isinya (optional)
2 tbsp susu

Cara Membuatnya:
1.Putar mentega dan gula hingga kembang dan masukkan. Masukkan telur sebiji demi sebiji dikuti dgn kedua-dua vanilla dan putar sebentar.
3.Masukkan tepung dan susu.Pukul hingga sebati. Masukkan adunan kedlm paper cup dan bakar selama 20 ke 25 minit pada suhu 180C
4.Setelah sejuk bolehlah dihias dengan topping kegemaran uols.. Iol guna chocolate frosting.



03 July 2011

KISAH HARI INI... MALU, SEDIH & SEBAK

Kisah yg amat memalukan iols hari ni, (drum roll)........................ pakai baju baru tp lupa bukak price tag! hahahahahahahahaha
Sib baik sokrg je org luar yg dpt lihat kejadian memalukan ni...Ape2 pon bak kata kwn iols.... stediiiii...

Kisah sedih & sebak plak..Td masa iols blog walking  ramai blogger2 paparkan kisah sedih psl couple ni..
Ni yg iols cnp  dr blog Khairul. Iols mendoakan semoga mereka tabah mengharungi ujian Allah..


—————————————————————————————————————————-

Kisah Sedih Pasangan Norma dan Talib..

Hari nie ada special entry sikit…Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..
Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu… so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas…
-Norma-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer… memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..
-Norma bersama Rafiq-
tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..
Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq… Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..
anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya
-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-
Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..
-Talib bersama Rafiq-
-tangan Norma yang lebam-
-gambar terkini baby Rafiq-
Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.
cimb
01070068677528

Noormawati Mohd Rasif
aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K dan injection tersebut masih belum diambil.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.
Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..
hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib… Amin….
-boleh check entry ni sebab dari first day dapat tau Norma dapat cancer sampai keadaan Norma sekarang-
————————————————————————————————————————
Diharap pembaca blog saya dapat membantu sedikit sebanyak bagi meringankan beban ibu muda ini. Dan dapt juga kiranya di panjangkan artikel ini kepada sahabat dan rakan anda yang lain. Sila klik share  untuk dikongsi bersama rakan facebook anda.



23 June 2011

JUNE HAS COME...

Entry yang dah terover due...2 weeks ago was my Bday. This yr ceben wat surprise dinner wit my family.
We ols having dinner @ Chilli's One Utama. This yr iols byk dpt hadiah dr ceben...:)

1st..... IPAD2

2nd..... HANDBAG 
something that i can match with...:)


3rd ...... DINNER


4th PRESENT ... Ceben belanja colour ghambut... hahahahaha



5th...HEADBAND from my gorgeous sister in law..






22 June 2011

RASPBERRY CLAFOUTIS

Bahan-Bahan:

2 biji telur (Besar)
100g Gula Caster
40g Tepung
200 ml Thickened Cream

Cara Membuatnya:

1. Satukan telur, gula dan tepung didlm mangkuk dan pukul sebati.
2. Masukkan cream dan kacau hingga sebati
3. Tuangkan adunan di dlm bekas yg telah di sapu sedikit butter dan isikan dgn 5 biji raspberry.
4. Bakar pada suhu 160c selama 15-20min hingga keperang- perangan.

Sent from my BlackBerry® smartphone

13 June 2011

BLUEBERRY CHEESE CAKE



Bahan-Bahan
Crust;
200g digestive biscuit
60g cold butter

Filling;
500g cream cheese - iols guna cap Philadelphia
120g caster sugar
1 biji telur
2 biji kuning telur
100 ml fresh cream  
50 ml whip cream
2 tbs tepung - diayak
2 tbs jus lemon

** uols ble guna 1 jenis cream pon x pe. ni sb iols nak abeskan stok cream iols..tp klu pakai whip cream aje sila tambah gula sket sb whip cream tu x manis compare to fresh cream.

Topping;
1 cawan bluberry topping - klu uols kedekut kurangkan pon tak pe. ikut sedap tekak uols lah..:))
2 tbs jus lemon

Cara Membuatnya;
1. Masukkan biskut dan butter ke dalam food processer dan kisar hingga sebati. Keluarkan dan tekan ke dalam loyang  berukuran 8"x3" dan sejukkan dlam peti sejuk selama 15 minit.
2.Pukul cream cheese dan gula caster hingga sebati. Masukkan telur, krim dan tepung. Putar sebentar dan pastikan adunan licin dan tidak berketul-ketul. 
3. Akhir sekali masukkan jus lemon dan putar sebati.
4. Tuangkan kedalam acuan dan bakar selama 40 jam pada suhu 165C.
5. Bila sudah masak renggangkan pintu oven dan biarkan sejuk lebih kurang 1 jam.
6. Angkat dan sejukkan di dlm peti sejuk semalaman. Klu tak sabaq uols ble  ngap je trus..:)
7. Hiaskan dengan blueberry topping




FRUITY BUTTER CAKE


Hi uolls!!! Hari ni iols nak share resepi kek yg iols buat weken aritu sempena nak mengabiskan stok epal, pear n cranberry yg dah sekian lama terperap dlm peti sejuk tu.. hehehehe. tak baek membazir kan? Jom semak resepi..


Bahan-Bahan;
225g unsalted butter
200g caster sugar
1 tbsp ovallate
4 biji telur (gred A)
300g tepung gandum*
1 tsp baking powder*
1/4 tsp baking soda*
1/4 tsp serbuk kayu manis* diayak bersama
2 biji epal - terpulang pada uols kaler apa ek...iols guna epal kaler merah
1 biji pear
100 g cranberries
120ml sour cream

Cara-Cara
1. Kupas epal & pear dan dadukan. Masukkan dalam periuk bersama cranberries tutup dan masak sebentar sehingga agak empuk dan sejukkan..(x yah taruk air ye uols..)
2. Panaskan Oven pd suhu 108C dan lenser loyang berukuran 9"x3". Alas dasar dengan kertas minyak.
3. Ayak tepung, baking powder, baking soda dan sebuk kayu manis dan ketepikan.
4. Pukul butter dan ovallete dan masukkan gula perlahan-lahan hingga kembang
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang
6. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan sour cream sehingga habis. setelah sebati gaulkan buah yg telah sejuk tadi menggunakan senduk kayu @ spatula.
7.  Masukkan adunan kedalam loyang dan  bakar selama 40 minit ke 1 jam.