Pages

28 July 2011

CHOCOLATIEST BROWNIES

Ermmm....dah lama iols tingin nk mkn brownies..bru 2 hr lps dpt buat. Iols amik resepi ni dr BigOven. The verdict is.......iols suka la brownies cenggini, lembut..crumbly, chocolaty and melt in my mouth lah! but for those yg suka brownies yg chewy gooey gitew this resepi may not for u lah...but this really works for my tastebuds..:)

Sila abaikan stoberi iols yg agak berkedut tu...dh lama sgt terperuk dlm peti sejuk..:)

Bahan-Bahan:
3/4 cwn gula caster
3/4 cwn mentega
2 tbsp air
2 cwn chocolate chips (iols guna bitter sweet)
1 tsp esen vanilla
2 biji telur
3/4 cwn tepung
1/2 tsp garam
1/2 tsp baking soda

Cara Membuatnya:
1. Satukan tepung, garam dan baking soda, ketepikan.
2.Masukkan mentega, gula dan air kedalam  periuk dan didihkan sebentar.
3. Angkat dan masukkan 1 cwn chocolate chips dan esen vanilla Kacau sebati. biarkan sejuk sebentar.
4. Setelah agak sejuk masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan tepung. Kacau hinga sebati
5.Akhir sekali masukkan lebihan coklat tadi. (boleh juga disimpan sedikit untuk ditabur diatas brownies)
6.Tuangkan adunan kedlm acuan ( iols guna square pan  9"x9") yg telah digriskan dan dilapik kertas minyak.
7. Bakar pada suhu 180C selama 30minit.


No comments:

Post a Comment