Pages

04 October 2012

SCONES

Iols dah pernah cuba dua tiga resepi scones sebelum ni tp semua mcm hahahahampess je..but this one is just perfect for me....


Bahan-Bahan:

2 cawan tepung serbaguna
1/3 cawan gula caster
1 tsp baking powder
1/4 tsp baking soda
1/2 tsp garam
115g mentega sejuk - potong kepada ketulan-ketulan  kecil
1/2 cawan kismis - iols guna aprikot kering yang dicincang
1/2 cawan krim masam
1 biji telur (saiz A)

Cara Membuatnya:

1. Panaskan oven 180c

2. Sediakan mangkuk dan satukan tepung, gula, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan 
    mentega; gunakan hujung jari anda untuk merelaikan mentega sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti
    kemudian masukkan kismis.

3. Dalam mangkuk yang kecil satukan krim masam dan telur. Pukul menggunakan garpu sehingga sebati.

4. Dengan menggunakan garpu, kacau adunan krim masam kedalam adunan tepung sehingga membentuk
    doh. Adunan akan menjadi agak melekit. Jangan uli adunan cukup sekadar menekan-nekan agar doh
    sebati

5. Letakkan doh diatas permukaan yang telah ditabur sedikit tepung dan tekan agar mencapai ketebalan 3/4
    inci. terapkan dengan acuan / potong doh mengikut bentuk yang anda suka. Letakkan ke dalam dulang
    pembakar yang telah dilapik dengan baking sheet. Sapukan permukaan doh dengan sebiji telur yang
    dicampur  sedikit susu segar. Taburkan sedikit gula dan bakar sehingga kuning keemasan selama lebih
    kurang 15 - 17 minit.

6. Hidangkan semasa masih suam bersama mentega dan jem pilihan anda..






No comments:

Post a Comment