Pages

01 October 2012

KERABU MANGGA MUDAH



Bahan-Bahannya:
1 biji mangga muda - iols guna magga epal
1/2 biji bawang besar
3 biji cili padi
1 biji limau nipis
1 sudu makan gula
1 sudu makan sos ikan
sedikit  garam

Cara Membuatnya;
1. Parut @ cincang mangga (ikut  citarasa uols la nak kasar ke halus ke).
2. Masukkan kedalam mangkuk bersama bawang yang dihiris nipis, cili padi, gula dan sos ikan.
3. Gaul rata, perah limau nipis dan sedikit garam secukup rasa.
4. Sedia untuk dihidang..



10 September 2012

TANDA INGATAN DIHARI RAYA

Syawal pun dah hampir berlalu pergi ..iols baru nak muncul beraya kt blog ni! Macam ni la kehidupan..mcm lautan jugak..ada kala tenang ada kala bergelora. Kalau time  bergelora tu memang tak ada masa la nak melayan perasan kat depan PC ataupun laptop. Ni dapat sedikit ruang baru lah boleh update blog iols yang dah ditumbuhi kulat dan cendawan ni..sure uols pun boring nak menziarah kan sebab dah berbulan asyik cerita sama jer....hehehehehe sorry no....

Sementara masih dibulan Syawal yang mulia ni iols nk ucapkan Selamat Hari Raya maaf lah sekiranya ada penulisan iols yang mengguris hati atau emosi uols semua.

Ni ialah buah tangan yang iols sediakan untuk kengkawan iols yang datang berkunjung aritu. Bertuah badan dah la iols bg makan free siap tapau lagi...hehehehe jgn la kata iols berkira plak..saja gurau. Buat ni pun sebab ramai yang komplen tak penah dapat merasa Red Velvet iols selalu dapat tengok gambo kat FB ja..so lepas ni tak nak bising-bising lagi ye...:)


Kalau nak tempah sila tepon iols ye...:)





10 August 2012

TAT NENAS

 
Rujukan: azlita@masam manis
Hidangan: anggaran 96 keping


Bahan-Bahan:
500g tepung gandum*
100g tepung jagung*
50g tepung kastard*
25g susu tepung* (satukan dalam mangkuk)
400g mentega
120g gula aising
1 tsp garam halus
1 tsp esen vanilla

Untuk Hiasan:
Jem nenas secukupnya - iols guna readymade nyer :)

Cara Membuatnya:
1. Masukkan mentega, gula aising, garam dan esen vanilla ke dalam mangkuk dan kacau sebati menggunakan senduk kayu @ spatula.

2. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

3. Canai doh setebal 1/2 cm dan terap dengan acuan tat. Hiaskan dengan jem nenas.

4. Bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 15-20 minit.

5. Sejukkan biskut sebelum disimpan.


EPISOD KUIH RAYA



Ha..punya la busy iols bulan puasa ni sampai tak sempat nak update blog. Sempat update juadah hari ke 3 ja..hamekk ko tup tup dah tinggal 9 hari lagi kita nak berpuasa. Punya la cepat masa berlalu..tapi zaman kecik-kecik dulu nak habes sebulan berpuasa tu terasa lama yang amat sangat..sampai merangkak la..hahaha
Tu zaman kecik-kecik..zaman skang dah jadik isteri  dan mak ni lain..24 jam sehari macam tak cukup ja..banyak perkara nak diuruskan.

Oleh sebab dah dekat nak raya, iols pun luangkan juga masa untuk buat sedikit kuih raya..karang raya kosong ja meja boring pulak. Tahun ni giliran beraya di kampung iols yang nun jauh di utara so my dear ceben jangan sedih-sedih no...:)

Tahun ni tak berapa nk excited buat kuih raya..so buat ala kadar ja. Jom kita tengok kuih raya iols..


BISKUT KELAPA


Rujukan: Singgahsana Kitchen
Hidangan: 120 - 130 keping


Bahan-Bahan:
225g tepung jagung *
150g tepung gandum*
1/2 tsp baking powder * ( disatukan & diayak)
25g serbuk badam
75g kelapa kering (disangai sebentar dan dikisar halus)
125g gula aising
155g butter 
1 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Untuk Hiasan:
1/3 cawan kelapa kering
3 titis pewarna hijau
1 biji kuning telur

Cara membuatnya:
1. pukul butter dan gula aising hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul sampai sebati.

2. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.

3.Canai doh setebal 1/2 cm dan terap dengan acuan yang anda suka dan susun dalam dulang pembakar.   Sapukan permukaan kuih dengan kuning telur dan taburkan kelapa yang telah diwarnakan tadi. Buat hingga habis

4. Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit @ ikut oven masing-masing. Sejukkan biskut diatas jaringan hingga betul-betul sejuk sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.